Search This Blog

Thursday 17 January 2013

NaSib seorang Isteri...

Cerita seorang sahabat : 

Pada hujung minggu lepas, saya pulang bersama suami ke rumah ibu mertua saya. Perjalanan dari rumah saya ke rumah mertua hanya 40 minit sahaja. Setibanya, saya dan suami disana, di sambut oleh keluarga suami. Semuanya ada. Ipar duai, anak-anak saudara dan ibu mertua. 

Hampir sejam saya di sana, saya duduk di ruang tamu bersama mereka. Tiba-tiba ditengking oleh abang ipar saya iaitu abang sulung suami saya. "Bila hang nak pi kerja? Duduk di rumah saja." Pelik saya bila abang ipar saya menengking saya. Bukannya saya tidak bekerja, saya bekerja di rumah (membuat kuih-kuih frozen). Bertambah sedih bila ibu mertua saya pula mencaci saya, kononnya saya menghabiskan wang anaknya. Padahal memang tanggungjawab anaknya sebagai suami menyara saya. Tak tahu hukum agamakah ibu mertua saya???? Padahal saya membantu anaknya dengan pendapatan saya. Bukannya suami saya tidak menghulurkan wang saku kepada mertua setiap bulan. ( ntah la apa yang tidak puas hati mereka terhadap saya)

Agak menyedihkan, suami saya langsung tidak defend saya. Ditambah pula, dia menuduh saya bersikap 'menjawab' dengan keluarganya. Sesal saya kerana mengikut cakap suami kerana selepas kahwin saya berhenti kerja. Bila duduk di rumah, dicaci dan dihina oleh keluarga mertua kerana tidak bekerja. Ditambah suami yang tidak menghargai pengorbanan saya.....

No comments: