Search This Blog

Saturday 26 January 2013

Mertua materialistik.... Mertua pilih kasih

Dalam zaman serba maju ini, ada juga mertua yang  materialistik serta pilih kasih. Menantu yang berada dipuji-puji. Menantu yang serba kurang dicaci atau dikutuk.

Pada mulanya, saya kurang percaya pada zaman moden ni. Ingat ka cerita dongeng. Tetapi realiti. Setelah mendengar pengalaman sahabat-sahabat saya. Sedih jugak mendengar kisah mereka. Ada yang dikutuk kerana mereka bukan dari kalangan anak-anak orang berada. Ada yang dihina disebabkan pekerjaan @ pendapatan yang rendah. Ada yang dicerca disebabkan rupa paras @ tahap pendidikan mereka..... Juga kegagalan mendapat zuriat.

Pada pendapat saya, situasi sebegini berlaku disebabkan mertua tidak dapat menerima menantu seadanya. Memang agak menyedihkan bila keadaan  berlarutan hingga ke cucu. Saya mempunyai pengalaman sebegini. Kerana bapa sering mangsa nenek saya ( ibu mertuanya). Dari kecil, saya sering mendengar nenek saya mengutuk bapa saya mungkin pekerjaan bapa saya yang rendah @ bapa saya berasal dari keluarga yang terlalu sederhana. Jauh di sudut hati, saya tidak mahu anak saya mengalami situasi yang sama seperti saya. Pengalaman buruk semasa kecil. Sedih serta terpaksa pendamkan apa yang terbuku di hati. Saya tidak memberitahu bapa saya kerna saya takut mereka bergaduh & bapa saya tidak mempercayai kata-kata saya kerana saya masih bersekolah rendah. Saya tahu ibu saya pasti tersepit di antara suami & ibunya. 

Jika anda mempunyai mertua materialistik @ pilih kasih :


- pasangan anda tahu mengenai situasi yang dialami oleh anda supaya dia dapat memahami perasaan anda kerana sesetengah mertua pandai berlakon. ( depan anak manis, belakang anak....)
- lokasi rumah anda perlu berjauhan. Kalau dekat tapi jauh....


No comments: