Search This Blog

Saturday 25 May 2013

DUGAAN dalam PERKAHWINAN

cinta buukan segala-segalanya percintaan...
ia memerlukan pengorbanan, kesetiaan & kejujuran...

perkahwinan menemukan dua keluarga, darjat...
terpulang kepada kita untuk menyesuaikan diri....

Friday 1 March 2013

suka duka penjual pakaian...

Aku M. Dah 3 tahun , aku menjual pakaian  khususnya baju kurung & blouse. Macam-macam ragam manusia yang aku temui sepanjang 3 tahun dalam menjalankan perniagaan berasaskan pakaian.

Aku memang berminat dalam bidang perniagaan. Aku bukannya menjalankan perniagaan berasaskan keuntungan semata-mata tapi untuk mencari pengalaman. Kalau untung, alhamdulillah. Kalau rugi, hanya Allah yang tahu apa perasaanku...

Pengalaman aku bila berusurusan dengan PEMBORONG :
BILA KITA DATANG TENGOK BARANG DIA, LAYAN BUKAN MAIN LAGI. BILA KITA BELI BARANG DIA SECARA TUNAI, DIA SENYUM. SERTA DIJANJIKAN DENGAN BARANG BOLEH DITUKAR JIKA TAK LAKU. BILA KITA NAK TUKAR BARANG, DIA TAK  LAYAN & KATA TAK BOLEH TUKAR PADAHAL BARANG BUKANNYA ROSAK... ORANG MACAM NI   HAMPEH...

Pengalaman aku bila berurusan dengan TAYLOR:
BILA KITA DATANG NAK TANYA MCM MANA NAK UPAH, LAYAN BUKAN MAIN LAGI. KATANYA BAJU YANG DIA BUAT CANTIK LA, ORANG YANG PERNAH TEMPAH TAKDA YANG KOMPLAIN PON. BILA KITA HANTAR KAIN & BERI DEPOSIT KAT DIA, DIA SENYUM. SERTA DIJANJIKAN DENGAN BAJU BOLEH SIAP DALAM MASA DUA MINGGU. BILA KITA NAK AMBIL BAJU, DIA KATA BAJU TAK SIAP LAGI. MINGGU DEPAN SIAP. AT LAST, JANJI TINGGAL JANJI. KAIN  DIA AMBIK BARANG KITA BUAT HARTA SENDIRI.  ORANG MACAM NI   HAMPEH...

Pengalaman aku bila berurusan dengan KAKI TOLONG JUAL:
BILA DIA DATANG NAK MINTA TOLONG JUAL, KITA LAYAN & TAK KISAH SANGAT MEMBER KATAKAN. BILA KITA BAGI PRODUK KITA KAT DIA, TAK MINTA PON DEPOSIT . DIA JANJI KALAU PRODUK KITA TAK LAKU, DIA AKAN HANTAR BALIK PRODUK. BILA KITA NAK AMBIL PRODUK KITA, DIA KATA LUPA BAWAK LA... CUSTOMER TENGOK LA... AT LAST, JANJI TINGGAL JANJI. BARANG KITA DIA AMBIL & DUIT X BAGI. PASTU BILA CALL, NOMBOR YANG ANDA DIAL TIADA DALAM PERKHIDMATAN. HELLO PEREMPUAN, BARANG TU BARANG AKU. MODAL TU DUIT AKU... APA YANG KAU AMBIK , AKU TAK HALAL PON DI DUNIA & AKHIRAT.  ORANG MACAM NI   HAMPEH...

Pengalaman aku bila berurusan dengan PELANGGAN:
BILA DIA DATANG NAK MINTA TOLONG JUAL, KITA LAYAN & TAK KISAH SANGAT DENGAN KEUNTUNGAN. BILA KITA JUAL PRODUK KITA KAT DIA, KITA BAGI LESS ... BILA KITA BAGI LESS, DIA KATA NAK KURANG LAGI... BAGI BETIS NAK PEHA PULAK.  UNTUNG PON BUKANNYA BANYAK MANA. BILA CUSTOMER NAK MINTA UNTUNG, KITA BAGI DIA AMBIL DULU BARANG. BILA NAK MINTA DUIT , MCM-MCM ALASAN DIA BAGI - GAJI XDAPAT LAGI, BULAN NI SESAK LA... PASTU BILA CALL, NOMBOR YANG ANDA DIAL TIADA DALAM PERKHIDMATAN. HELLO PEREMPUAN, BARANG TU BARANG AKU. MODAL TU DUIT AKU. TAK MALU KE GUNA BARANG YANG X BAYAR & KO INGAT FREE KE... APA YANG KAU AMBIK , AKU TAK HALAL PON DI DUNIA & AKHIRAT.  ORANG MACAM NI   MEMANG TERUK ...

- EMMM MCM-MCM.... SABOOOO AJE

Wednesday 6 February 2013

Tong recycle pakaian....

Di mana tempat recycle pakaian di daerah utara???? Sudah lama saya tertanya-tanya di mana tempat recycle pakaian. Beberapa tahun lepas, saya pernah nampak tong recycle pakaian semasa bercuti di New Zealand. Pakaian yang masih baik mungkin diperlukan oleh golongan yang memerlukan.

Saturday 26 January 2013

Mertua materialistik.... Mertua pilih kasih

Dalam zaman serba maju ini, ada juga mertua yang  materialistik serta pilih kasih. Menantu yang berada dipuji-puji. Menantu yang serba kurang dicaci atau dikutuk.

Pada mulanya, saya kurang percaya pada zaman moden ni. Ingat ka cerita dongeng. Tetapi realiti. Setelah mendengar pengalaman sahabat-sahabat saya. Sedih jugak mendengar kisah mereka. Ada yang dikutuk kerana mereka bukan dari kalangan anak-anak orang berada. Ada yang dihina disebabkan pekerjaan @ pendapatan yang rendah. Ada yang dicerca disebabkan rupa paras @ tahap pendidikan mereka..... Juga kegagalan mendapat zuriat.

Pada pendapat saya, situasi sebegini berlaku disebabkan mertua tidak dapat menerima menantu seadanya. Memang agak menyedihkan bila keadaan  berlarutan hingga ke cucu. Saya mempunyai pengalaman sebegini. Kerana bapa sering mangsa nenek saya ( ibu mertuanya). Dari kecil, saya sering mendengar nenek saya mengutuk bapa saya mungkin pekerjaan bapa saya yang rendah @ bapa saya berasal dari keluarga yang terlalu sederhana. Jauh di sudut hati, saya tidak mahu anak saya mengalami situasi yang sama seperti saya. Pengalaman buruk semasa kecil. Sedih serta terpaksa pendamkan apa yang terbuku di hati. Saya tidak memberitahu bapa saya kerna saya takut mereka bergaduh & bapa saya tidak mempercayai kata-kata saya kerana saya masih bersekolah rendah. Saya tahu ibu saya pasti tersepit di antara suami & ibunya. 

Jika anda mempunyai mertua materialistik @ pilih kasih :


- pasangan anda tahu mengenai situasi yang dialami oleh anda supaya dia dapat memahami perasaan anda kerana sesetengah mertua pandai berlakon. ( depan anak manis, belakang anak....)
- lokasi rumah anda perlu berjauhan. Kalau dekat tapi jauh....


Thursday 17 January 2013

NaSib seorang Isteri...

Cerita seorang sahabat : 

Pada hujung minggu lepas, saya pulang bersama suami ke rumah ibu mertua saya. Perjalanan dari rumah saya ke rumah mertua hanya 40 minit sahaja. Setibanya, saya dan suami disana, di sambut oleh keluarga suami. Semuanya ada. Ipar duai, anak-anak saudara dan ibu mertua. 

Hampir sejam saya di sana, saya duduk di ruang tamu bersama mereka. Tiba-tiba ditengking oleh abang ipar saya iaitu abang sulung suami saya. "Bila hang nak pi kerja? Duduk di rumah saja." Pelik saya bila abang ipar saya menengking saya. Bukannya saya tidak bekerja, saya bekerja di rumah (membuat kuih-kuih frozen). Bertambah sedih bila ibu mertua saya pula mencaci saya, kononnya saya menghabiskan wang anaknya. Padahal memang tanggungjawab anaknya sebagai suami menyara saya. Tak tahu hukum agamakah ibu mertua saya???? Padahal saya membantu anaknya dengan pendapatan saya. Bukannya suami saya tidak menghulurkan wang saku kepada mertua setiap bulan. ( ntah la apa yang tidak puas hati mereka terhadap saya)

Agak menyedihkan, suami saya langsung tidak defend saya. Ditambah pula, dia menuduh saya bersikap 'menjawab' dengan keluarganya. Sesal saya kerana mengikut cakap suami kerana selepas kahwin saya berhenti kerja. Bila duduk di rumah, dicaci dan dihina oleh keluarga mertua kerana tidak bekerja. Ditambah suami yang tidak menghargai pengorbanan saya.....

Thursday 3 January 2013

P.H.D

Baru-baru ni ada seorang rakan sekerja : R yang mempunyai suami yang sedang sakit serta anak-anak yang masih belajar....Sebagai rakan, saya memahami kesusahan dia. bukannya sedang menjaga suami yang sedang sakit & menjaga anak-anak yang masih bersekolah.

Hujung tahun lepas, saya ada terdengar ada seorang rakan sekerja kami, H mengadu kepada bos tentang R. Semua rakan-rakan tahu H suka mereka-reka cerita. Ntah la, apa yang cerita yang direka-reka oleh H kali ini. Saya tahu H ni terkenal dengan perangainya yang kaki bodek. Pandai cakap tapi kerjanya.... emmm hanya Allah yang tahu. Bos kami pula tanpa usul periksa lalu memberhentikan R. Di kalangan rakan-rakan kami, H ialah P.H.D ( perangai hasad dengki). Suka menabur pasir  di atas periuk nasi serta mempunyai kroninya.

Saya mendoakan agar rezeki R melimpah dan suaminya cepat sembuh.

Wednesday 26 September 2012

hutang.. hutang.... hutang...

Pelik betul dengan segelintir manusia yang berhutang tapi tak mahu bayar. Sebelum beli, makhluk Tuhan pandai menabur  janji kepada penjual. Contoh, "Adik, akak bayar bulan depan cash. Bulan ni, suami akak dah dapat gaji." Bulan depan, akak ni tak bayar jugak dan bulan seterusnya.

Hello, TAK MALU ke pakai barangan orang tapi tak nak bayar. Bila penjual pergi rumah makhluk Tuhan tadi, buat-buat sibuk la. Jumpa tepi jalan pon, buat-buat tak nampak. Tak da perasaan ke akak ni??? Tak pe, Tuhan bayar cash ler akak ooi. Tunggu je...........