Search This Blog

Thursday 31 March 2011

nasi minyak botol kicap

Tanggal 23/12/2009, sahabat baikku berkahwin .... so aku jadi pengapit dia. Aku pun ikut rombongan pengantin. Drive sendiri pulak. Dari Gurun ke Baling. Kira-kira 1 jam perjalanan. Semasa di meja beradap, aku pun duduk bersama-sama dengan pengantin baru. Hidangannya memang sedap. Favourite aku pulak. Ada gulai batang pisang ( hidangan istimewa daerah Baling ), Ikan Sweet Sour, dan macam-macam ada. Depan dan dekat bunga, aku ada ternampak sesuatu... Botol tapi dihiasi dengan riben warna gold. Terfikir pulak. Ape benda ekh???? Setelah di amati..... Alamak botol kicap.... Tak sangka perkara wajib sahabat aku semasa makan iaitu kicap. Tetap ada. Walaupun makan di meja pengantin... Ish.... Ish... boleh dia makan nasi minyak dengan kicap.... :)

tips-tips semasa menghadiri majlis perkahwinan

Tips-tips ketika menghadiri majlis perkahwinan buat anda yang suka menghadiri kenduri.

Pastikan tarikh dan masa yang betul ketika hendak menghadiri. P/S : jangan menghadiri majlis terlalu lewat. Kesian tuan rumah, diorang pun nak berehat.

Pakaian yang hendak dipakai semasa menghadiri majlis perlulah sesuai,kemas dan sopan. Contoh : baju kurung dan baju melayu.

Jangan lupa bawa kad jemputan kerana terdapat peta ke rumah pengantin. ( takut salah pergi rumah). Salah satu sebab lain ialah berkemungkinan orang kampung tidak tahu nama sebenar kawan kita maklumlah di kampung kenalan panggil nama timangan saja.

Sediakan sampul jika anda ingin memberi wang sedekah. P/s : tak eloklah beri tanpa sampul.

Jika ada duit lebih, berilah lebih sikit kerana purata harga makanan untuk seorang tetamu (RM6/RM7), itu tidak termasuk doorgift lagi. Tuan rumah mengeluarkan sekurang-kurangnya RM 10 untuk seorang tetamu.

Hadiah, diberi mengikut kemampuan ( kalau dh beri angpau, hadiah tak payah bagi pun xpa). Antara barangan yang selalu diberi semasa majlis perkahwinan ialah jam, album, set pingan mangkuk, tea set, dan set gelas. Jika ingankan kelainan, cubalah beri barangan yang sentiasa dipakai seperti periuk, frying pan, set sudu garfu @ cadar.

Jangan lupa membawa kamera untuk merakamkan saat bersama mempelai untuk dijadikan kenangan.

Sebelum pulang, bersalaman dengan tuan rumah serta pasangan pengantin. Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjemput anda.

persiapan majlis pertunangan.... :)

Tajuk kali ini khusus untuk sesiapa yg bakal melangsung majlis pertunangan. Jangan sesekali mengambil mudah mengenai persiapan majlis pertunangan. Bak kata orang ramai, sekali dalam seumur hidup. Biarlah sederhana tapi meriah.

Sebelum majlis pertunangan, biasanya majlis merisik adakan berlangsung. Tapi, pada zaman sekarang ini, ada jugak yang tak mahu buat majlis merisik. Nak menjimat kos. Rasionalnya, majlis merisik dilakukan untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Keduanya, kedua-dua belah keluarga boleh saling mengenali.

Selesai bab majlis merisik, satu perbincangan keluarga perlu di adakan mengenai persiapan majlis pertunangan merangkumi tarikh, masa, tempat, kos, makanan dll. Semua aspek yg ditetapkan perlulah mendapat persetujuan ramai dan mengelakkan kekeliruan. Perancangan perlu dilakukan untuk mengelak pembaziran. Pada masa yang sama, boleh berjimat.

Tarikh biasanya akan dipilih pada hujung minggu atau waktu cuti sekolah utuk memudahkan sanak saudara @ sahabat handai menghadirinya.

Untuk majlis yg indah dan meriah, cuba selitkan tema mengikut citarasa anda. Cuba cipta kelainan dengan kreativiti tersendiri. Tak kisahlah perabut lama ke langsir lama, janji kreatif.

Bab hantaran, pemilihan barangan hantaran bergantung kepada bajet anda. Jika anda ingin mengubah sendiri, lakukannya awal. Ingin menempah di kedai, tempahlah seawal mungkin dari tarikh pertunangan. Ada jugak yang buat hantaran sendiri tapi kurang elok. Memang la nk jimat kos tapi buat la yg ringkas dan sedap mata memandang.

Cincin tanda ikatan pertunangan bagi setiap pasangan. Pemilihan cincin perlu dilakukan bergantung pada kesesuaian jari serta bergantung pada bajet anda. Survey dulu harga cincin sebelum membeli. Ataupun ikuti harga emas semasa, kalau harga emas jatuh, belilah & boleh jimatkan bajet anda.

Pakaian semasa majlis pertunangan, terpulang sama ada menyewa atau membeli. Biasanya, pakaian semasa majlis pertunangan adalah ringkas & tak ‘over’ sangat. Pilihlah mak andam yang mampu buat solekan pada wajah anda berseri-seri. Perkhidmatan mak andam pun perlu selaras dengan harganya. Berpatutan tapi cantik.

Bagi yang ingin melangsungkan majlis pertunangan di rumah, pastikan rumah kemas & bersih. Lengkapkan dekorasi yang berhias dengan konsep dan tema tersendiri.

Pemilihan makanan perlu dilakukan bersesuaian dengan masa majlis dilangsung sama ada waktu pagi, petang atau malam.

Inginkan perkhidmatan rakaman video atau sesi fotografi, tempahlah juruvideo atau jurugambar untuk merakamkan detik-detik manis majlis pertunangan anda.

Senaraikan tetamu yg akan dijemput supaya ada yang tidak ketinggalan.

Akhir sekali, jangan lupa buka majalah mengenai majlis pertunangan untuk mendapatkan idea serta ilham serta konsep terbaru.

~ jadikan majlis pertunangan anda adalah
hari yang istimewa dalam hidup anda ~