Search This Blog

Wednesday 15 June 2011

setiap 12hb Mei ( bahagian 1)

Ramai yang tidak mengetahui setiap 12hb Mei setiap tahun adalah HARI JURURAWAT. Antara sebab ramai yang tidak mengetahui adalah kerjaya sebagai jururawat kurang popular berbanding dengan kerjaya lain. Mungkin ramai yang tidak mengetahui perit jerih yang dilalui seorang jururawat.
Namun, apabila sambutan Hari Jururawat, tiada ucapan atau hadiah diterima dari pesakit apatah lagi orang awam.
Kebanyakan orang  salah persepsi terhadap antara 'jururawat' dan
'petugas wanita' serta 'pembantu doktor' yang bekerja di klinik atau hospital kerajaan mahupun swasta. Boleh dikatakan hanya sedikit di kalangan masyarakat  faham tentang jururawat yg sebenar.
Gelaran ‘JURURAWAT TERLATIH’ hanya boleh diberi kepada individu yang telah menamatkan program kursus pengajian latihan khas iaitu DIPLOMA KEJURURAWATAN selama 3 tahun dengan jayanya. Jururawat yang bekerja dengan kerajaan adalah didaftarkan dalam Lembaga Jururawat Malaysia.
Pemegang DIPLOMA KEJURURAWATAN ini dikehendaki mematuhi Code Of Profesional Conduct, diperakui oleh Lembaga Jururawat Malaysia yang mereka boleh menjalankan tugas sebagai jururawat, dengan syarat mereka memenuhi beberapa kriteria yang ditentukan serta menerima ‘Sijil Perakuan Pengalaman Jururawat Tahunan’.
Jururawat Masyarakat(JM) juga adalah Jururawat Kebidanan walaupun mengikuti kursus selama 2 tahun 6 bulan..Walaupun tiada diploma, JM adalah jawatan yang layak didaftarkan dalam Lembaga Jururawat Malaysia.
Masyarakat tidak mengetahui bahawa Malaysia masih kekurangan jururawat. Nisbah 1 jururawat kepada 350 orang pesakit. Agak tinggi. Tidak hairanlah, setiap satu shift, hanya 3 orang jururawat bekerja padahal jumlah pesakit mencapai 40 orang dalam sesuatu masa. Dengan jumlah pesakit yang ramai, jururawat terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah pesakit setiap hari.

~ Bersambung ~
~ ikuti bahagian II ~