Search This Blog

Wednesday 26 September 2012

hutang.. hutang.... hutang...

Pelik betul dengan segelintir manusia yang berhutang tapi tak mahu bayar. Sebelum beli, makhluk Tuhan pandai menabur  janji kepada penjual. Contoh, "Adik, akak bayar bulan depan cash. Bulan ni, suami akak dah dapat gaji." Bulan depan, akak ni tak bayar jugak dan bulan seterusnya.

Hello, TAK MALU ke pakai barangan orang tapi tak nak bayar. Bila penjual pergi rumah makhluk Tuhan tadi, buat-buat sibuk la. Jumpa tepi jalan pon, buat-buat tak nampak. Tak da perasaan ke akak ni??? Tak pe, Tuhan bayar cash ler akak ooi. Tunggu je...........

Friday 8 June 2012

harta... darjat... keturunan....

Pasti anda teringat cerita ibu mertuaku, jika bercakap pasal harta, darjat & keturunan. Saya ada cerita menarik mengenainya....

Saya mempunyai seorang kawan bernama Z (bukan nama sebenar). Dia bercinta dengan kekasihnya, Ku D hampir dua tahun. Setelah mereka berdua bersetuju untuk melangsungkan pernikahan. Z dibawa ke rumah Ku D untuk diperkenalkan kepada ibu bapa Ku D (bukan nama sebenar). Yang tidak disangka-sangka ibu Ku D menentang hasrat murni mereka. Alasannya, Z anak yatim piatu , tiada harta dan tiada 'title'. Dalam zaman moden ni, ada lagi manusia yang mementingkan harta, darjat dan keturunan, pelik betul. Huhu, anak-anak raja pun ada yang kahwin dengan rakyat biasa. Keluarga Ku D bukannya keturunan raja, 'title' biasa saja. Menurut jiran Ku D, ibuku tiada title pun, orang kampung saja. 

Moralnya, harta, darjat & keturunan hanya 'loan' dari Allah. Jangan kita riak & takbur dengannya.

Saturday 2 June 2012

kasih ayah ....

Pagi tadi, saya baru mendengar khabar yang bapa kepada sahabat adik saya meninggal dunia. Seakan tidak percaya arwah telah meninggal dunia. Saya bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah. Walaupun ayah saya sakit, saya redha. Mungkin ini adalah satu ujian kepada saya dan keluarga. Bersyukurlah kita kepada Tuhan yang kita masih mempunyai ibu dan bapa serta mempunyai tahap kesihatan yang baik...

Berbakti kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup. Jika kita tidak boleh memberi wang ringgit, berbaktilah tenaga (menolong mereka) @ tunjuklah kasih sayang kita kepada mereka, walaupun bertanya khabar.  Jika mereka tiada di dunia, kita akan menyesal apabila belum sempat membalas budi....

Bila kita kecil serta nakal, kita akan dimarahi atau dirotan oleh ayah. Bila dewasa, kita akan mengenang kembali saat pahit itu yang telah bertukar menjadi manis.


Wednesday 23 May 2012

penjagaan & pemulihan pesakit stroke :


1) rawatan : pemeriksaan rutin


2) pengambilan ubat-ubatan

3) fisioterapi, pemulih cara kerja & terapi pertuturan


4) diet yang sihat.


5) sokongan emosi dari kaum keluarga & sahabat handai. 


  serangan stroke datang tanpa diduga....

Politik di tempat kerja

Politik di tempat kerja

Monday 21 May 2012

tanggungjawab....

Dalam usia menginjak 27 tahun, saya hairan masih ada manusia iaitu lelaki yang masih tidak memahami tanggungjawab mereka terhadap keluarga sendiri walaupun umur mereka memcecah separuh abad. maksud saya, tanggungjawab abang kepada adik, tanggungjawab adik kepada kakak & tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa. 



Tanggungjawab lelaki adalah kepada 4 orang wanita : ibu, adik -beradiknya, isteri & anak perempuan.


Ada juga anak lelaki yang sanggup meletakkan tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kepada saudara perempuan mereka walaupun mereka tahu itu tanggungjawab mereka. Yang paling menyedihkan, di kalangan mereka ini adalah golongan berkerjaya manakala saudara perempuan mereka adalah di kalangan suri rumah atau yang berpendapatan rendah serta bergantung kepada pendapatan suami mereka.  Bab pembahagian  harta, mereka ini akan menuntut hak mereka sebagai anak lelaki tetapi tanggungjawab akan dilepaskan. 


Yang sedia maklum, anak lelaki akan mendapat lebih daripada anak perempuan kerana mereka mempunyai tanggungjawab menjaga ibu bapa, memberi nafkah kepada isteri dan menyara keluarga mereka. tanggungjawab anak perempuan kepada ibu bapa mereka tidaklah seberat anak lelaki.


Saya pernah melihat sebuah keluarga di mana adik  perempuan bongsu menjaga ibu  mereka setelah kematian bapa mereka. Kakak sulung dan saudara lelaki yang lain bergilir menyara kehidupan ibu dan adik perempuan mereka. Bahagianya mereka disebabkan masing-masing tahu menjalankan tanggungjawab masing-masing.


Persoalannya, ada seorang anak perempuan menjaga ibu  bapa dan adik beradik lain-lain tidak memperdulikan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa. Adakah adil kepada anak perempuan tadi jika dia seorang suri rumah dan suaminya berpendapatan rendah terpaksa menyara ibu bapanya sedangkan ibu bapa suaminya masih hidup sedangkan saudara lelaki lain hanya melepaskan tanggungjawab mereka padahal bab pembahagian harta mereka tuntut hak mereka????



Saturday 19 May 2012

anak... oh... anak....

anak... cahaya mata
hot issue bg pasangan yg dah berkahwin.... 



selalunya bila dah kahwin, orang tanya plak bila nak ada anak????  soalan ini agak sensitif bagi kebanyakkan pasangan yang telah lama berkahwin tp belum dikurniakan anak... bagi anda yg dah sedia maklum rakan @ ahli keluarga anda yg belum dikurniakan cahaya mata, jangan suka hati bertanya soalan sensitif ini. anda akan menyebabkan mereka ini stress. nanti ada jugak yang kecil hati .

bagi pasangan yang telah lama berkahwin, mungkin belum ada rezeki anda. setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. yang penting kita sudah berusaha dan berdoa selebihnya kita bertawakal kepada Allah. 

Bukankan jodoh, rezeki & ajal di tangan Allah????


biasanya, isteri akan terlebih sensitif jika soalan mengenai anak diajukan kepada mereka. sebagai suami, anda perlu menenangkan isteri anda dengan memberi moral support. bila suami memberi moral support, isteri perlulah positive thinking berkenaan nasihat yang diberi. ( anda bertuah jika suami anda memberi kata-kata semangat kepada anda)

saya pernah mendengar nasihat seorang bidan, mungkin Allah tidak mengurniakan kita anak kerana ekonomi kita tidak stabil , masalah kesihatan ataupun masalah lain yang kita sedang hadapi. Allah akan memberikan yang terbaik kepada hambaNya.

kata-kata lain daripada sahabat baik saya, anak adalah pinjaman Allah kepada kita. Jika Allah mahu mengambil anak kita , Allah boleh lakukannya bila-bila masa.

nasihat saya kepada : 
1) pasangan yang telah lama berkahwin tp belum dikurniakan anak : berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Saling memberi moral support kepada pasangan anda. 
2) anda yg dah sedia maklum rakan @ ahli keluarga anda yg belum dikurniakan cahaya mata : jaga lidah anda & jangan menjadi manusia yg kufur dengan nikmatNya. berdoa agar sahabat dan ahli keluarga anda td dikurniakan cahaya mata.

Tuesday 15 May 2012

selamat hari guru.....

sudah lapan tahun, aku meninggalkan zaman sekolah.... seronoknya bila teringat waktu sekolah dulu-dulu... dulu suka tengok cikgu-cikgu berpakaian. comel ke tak? update tak kain baju kurung dengan kain kedai tu? baju cikgu matching dengan tudung ke tak? handbag cikgu jenama apa?
cikgu yang aku admire masa sekolah rendah ialah CIKGU NORLIDA SELAMAT.cikgu math yang aku ingat sampai sekarang, CIKGU ROSYADA. 

time sekolah menengah aku jadi nakal. so ada time, kene rotan nipis dan panjang. bila ingat semula detik-detik kena rotan. malu pun ada masa tu. tapi wat tebal muka aja. hehe... betullah kata orang ramai, cikgu yang garang dan tegas tu kita ingat sampai bila-bila....  time form 6 plak, aku selalu xpergi sekolah, kerana aku selalu belajar sendiri. alhamdulillah result stpm aku elok....


selamat hari guru!!!! jasamu dikenang sampai hujung nyawa.....