Search This Blog

Monday, 21 May 2012

tanggungjawab....

Dalam usia menginjak 27 tahun, saya hairan masih ada manusia iaitu lelaki yang masih tidak memahami tanggungjawab mereka terhadap keluarga sendiri walaupun umur mereka memcecah separuh abad. maksud saya, tanggungjawab abang kepada adik, tanggungjawab adik kepada kakak & tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa. 



Tanggungjawab lelaki adalah kepada 4 orang wanita : ibu, adik -beradiknya, isteri & anak perempuan.


Ada juga anak lelaki yang sanggup meletakkan tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka kepada saudara perempuan mereka walaupun mereka tahu itu tanggungjawab mereka. Yang paling menyedihkan, di kalangan mereka ini adalah golongan berkerjaya manakala saudara perempuan mereka adalah di kalangan suri rumah atau yang berpendapatan rendah serta bergantung kepada pendapatan suami mereka.  Bab pembahagian  harta, mereka ini akan menuntut hak mereka sebagai anak lelaki tetapi tanggungjawab akan dilepaskan. 


Yang sedia maklum, anak lelaki akan mendapat lebih daripada anak perempuan kerana mereka mempunyai tanggungjawab menjaga ibu bapa, memberi nafkah kepada isteri dan menyara keluarga mereka. tanggungjawab anak perempuan kepada ibu bapa mereka tidaklah seberat anak lelaki.


Saya pernah melihat sebuah keluarga di mana adik  perempuan bongsu menjaga ibu  mereka setelah kematian bapa mereka. Kakak sulung dan saudara lelaki yang lain bergilir menyara kehidupan ibu dan adik perempuan mereka. Bahagianya mereka disebabkan masing-masing tahu menjalankan tanggungjawab masing-masing.


Persoalannya, ada seorang anak perempuan menjaga ibu  bapa dan adik beradik lain-lain tidak memperdulikan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa. Adakah adil kepada anak perempuan tadi jika dia seorang suri rumah dan suaminya berpendapatan rendah terpaksa menyara ibu bapanya sedangkan ibu bapa suaminya masih hidup sedangkan saudara lelaki lain hanya melepaskan tanggungjawab mereka padahal bab pembahagian harta mereka tuntut hak mereka????



No comments: