Search This Blog

Saturday 26 January 2013

Mertua materialistik.... Mertua pilih kasih

Dalam zaman serba maju ini, ada juga mertua yang  materialistik serta pilih kasih. Menantu yang berada dipuji-puji. Menantu yang serba kurang dicaci atau dikutuk.

Pada mulanya, saya kurang percaya pada zaman moden ni. Ingat ka cerita dongeng. Tetapi realiti. Setelah mendengar pengalaman sahabat-sahabat saya. Sedih jugak mendengar kisah mereka. Ada yang dikutuk kerana mereka bukan dari kalangan anak-anak orang berada. Ada yang dihina disebabkan pekerjaan @ pendapatan yang rendah. Ada yang dicerca disebabkan rupa paras @ tahap pendidikan mereka..... Juga kegagalan mendapat zuriat.

Pada pendapat saya, situasi sebegini berlaku disebabkan mertua tidak dapat menerima menantu seadanya. Memang agak menyedihkan bila keadaan  berlarutan hingga ke cucu. Saya mempunyai pengalaman sebegini. Kerana bapa sering mangsa nenek saya ( ibu mertuanya). Dari kecil, saya sering mendengar nenek saya mengutuk bapa saya mungkin pekerjaan bapa saya yang rendah @ bapa saya berasal dari keluarga yang terlalu sederhana. Jauh di sudut hati, saya tidak mahu anak saya mengalami situasi yang sama seperti saya. Pengalaman buruk semasa kecil. Sedih serta terpaksa pendamkan apa yang terbuku di hati. Saya tidak memberitahu bapa saya kerna saya takut mereka bergaduh & bapa saya tidak mempercayai kata-kata saya kerana saya masih bersekolah rendah. Saya tahu ibu saya pasti tersepit di antara suami & ibunya. 

Jika anda mempunyai mertua materialistik @ pilih kasih :


- pasangan anda tahu mengenai situasi yang dialami oleh anda supaya dia dapat memahami perasaan anda kerana sesetengah mertua pandai berlakon. ( depan anak manis, belakang anak....)
- lokasi rumah anda perlu berjauhan. Kalau dekat tapi jauh....


Thursday 17 January 2013

NaSib seorang Isteri...

Cerita seorang sahabat : 

Pada hujung minggu lepas, saya pulang bersama suami ke rumah ibu mertua saya. Perjalanan dari rumah saya ke rumah mertua hanya 40 minit sahaja. Setibanya, saya dan suami disana, di sambut oleh keluarga suami. Semuanya ada. Ipar duai, anak-anak saudara dan ibu mertua. 

Hampir sejam saya di sana, saya duduk di ruang tamu bersama mereka. Tiba-tiba ditengking oleh abang ipar saya iaitu abang sulung suami saya. "Bila hang nak pi kerja? Duduk di rumah saja." Pelik saya bila abang ipar saya menengking saya. Bukannya saya tidak bekerja, saya bekerja di rumah (membuat kuih-kuih frozen). Bertambah sedih bila ibu mertua saya pula mencaci saya, kononnya saya menghabiskan wang anaknya. Padahal memang tanggungjawab anaknya sebagai suami menyara saya. Tak tahu hukum agamakah ibu mertua saya???? Padahal saya membantu anaknya dengan pendapatan saya. Bukannya suami saya tidak menghulurkan wang saku kepada mertua setiap bulan. ( ntah la apa yang tidak puas hati mereka terhadap saya)

Agak menyedihkan, suami saya langsung tidak defend saya. Ditambah pula, dia menuduh saya bersikap 'menjawab' dengan keluarganya. Sesal saya kerana mengikut cakap suami kerana selepas kahwin saya berhenti kerja. Bila duduk di rumah, dicaci dan dihina oleh keluarga mertua kerana tidak bekerja. Ditambah suami yang tidak menghargai pengorbanan saya.....

Thursday 3 January 2013

P.H.D

Baru-baru ni ada seorang rakan sekerja : R yang mempunyai suami yang sedang sakit serta anak-anak yang masih belajar....Sebagai rakan, saya memahami kesusahan dia. bukannya sedang menjaga suami yang sedang sakit & menjaga anak-anak yang masih bersekolah.

Hujung tahun lepas, saya ada terdengar ada seorang rakan sekerja kami, H mengadu kepada bos tentang R. Semua rakan-rakan tahu H suka mereka-reka cerita. Ntah la, apa yang cerita yang direka-reka oleh H kali ini. Saya tahu H ni terkenal dengan perangainya yang kaki bodek. Pandai cakap tapi kerjanya.... emmm hanya Allah yang tahu. Bos kami pula tanpa usul periksa lalu memberhentikan R. Di kalangan rakan-rakan kami, H ialah P.H.D ( perangai hasad dengki). Suka menabur pasir  di atas periuk nasi serta mempunyai kroninya.

Saya mendoakan agar rezeki R melimpah dan suaminya cepat sembuh.