Search This Blog

Friday 8 June 2012

harta... darjat... keturunan....

Pasti anda teringat cerita ibu mertuaku, jika bercakap pasal harta, darjat & keturunan. Saya ada cerita menarik mengenainya....

Saya mempunyai seorang kawan bernama Z (bukan nama sebenar). Dia bercinta dengan kekasihnya, Ku D hampir dua tahun. Setelah mereka berdua bersetuju untuk melangsungkan pernikahan. Z dibawa ke rumah Ku D untuk diperkenalkan kepada ibu bapa Ku D (bukan nama sebenar). Yang tidak disangka-sangka ibu Ku D menentang hasrat murni mereka. Alasannya, Z anak yatim piatu , tiada harta dan tiada 'title'. Dalam zaman moden ni, ada lagi manusia yang mementingkan harta, darjat dan keturunan, pelik betul. Huhu, anak-anak raja pun ada yang kahwin dengan rakyat biasa. Keluarga Ku D bukannya keturunan raja, 'title' biasa saja. Menurut jiran Ku D, ibuku tiada title pun, orang kampung saja. 

Moralnya, harta, darjat & keturunan hanya 'loan' dari Allah. Jangan kita riak & takbur dengannya.

Saturday 2 June 2012

kasih ayah ....

Pagi tadi, saya baru mendengar khabar yang bapa kepada sahabat adik saya meninggal dunia. Seakan tidak percaya arwah telah meninggal dunia. Saya bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah. Walaupun ayah saya sakit, saya redha. Mungkin ini adalah satu ujian kepada saya dan keluarga. Bersyukurlah kita kepada Tuhan yang kita masih mempunyai ibu dan bapa serta mempunyai tahap kesihatan yang baik...

Berbakti kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup. Jika kita tidak boleh memberi wang ringgit, berbaktilah tenaga (menolong mereka) @ tunjuklah kasih sayang kita kepada mereka, walaupun bertanya khabar.  Jika mereka tiada di dunia, kita akan menyesal apabila belum sempat membalas budi....

Bila kita kecil serta nakal, kita akan dimarahi atau dirotan oleh ayah. Bila dewasa, kita akan mengenang kembali saat pahit itu yang telah bertukar menjadi manis.