Pagi tadi, saya baru mendengar khabar yang bapa kepada sahabat adik saya meninggal dunia. Seakan tidak percaya arwah telah meninggal dunia. Saya bersyukur kerana masih mempunyai seorang ayah. Walaupun ayah saya sakit, saya redha. Mungkin ini adalah satu ujian kepada saya dan keluarga. Bersyukurlah kita kepada Tuhan yang kita masih mempunyai ibu dan bapa serta mempunyai tahap kesihatan yang baik...
Berbakti kepada ibu bapa semasa mereka masih hidup. Jika kita tidak boleh memberi wang ringgit, berbaktilah tenaga (menolong mereka) @ tunjuklah kasih sayang kita kepada mereka, walaupun bertanya khabar. Jika mereka tiada di dunia, kita akan menyesal apabila belum sempat membalas budi....
Bila kita kecil serta nakal, kita akan dimarahi atau dirotan oleh ayah. Bila dewasa, kita akan mengenang kembali saat pahit itu yang telah bertukar menjadi manis.

No comments:
Post a Comment